PENUBUHAN

CT-ONE Islamic Center (CIC) adalah satu pusat yang diasaskan, ditubuhkan dan dibina oleh Mejar Dato’ Hj. Adnan Hashim (Bersara). Tujuan utama beliau menubuhkan CIC ini adalah untuk meletakkan keluarga dan seluruh keturunannya serta semua orang yang menyertai CIC nanti di landasan yang betul iaitu kearah mencapai kejayaan di Dunia dan kejayaan di Akhirat…

VISI

Bersama Membina Generasi Al-Falah

MISI
  • Mendidik pelajar dan warga CIC ke arah mencapai tahap soleh / solehah
  • Membina dan menyediakan tempat kerja terutamanya kepada pelajar yang gagal mendapat pekerjaan lain
  • Terus mendidik dan berdakwah kepada seluruh warha CIC supaya berterusan soleh / solehah sehingga ke akhir hayat

PERJUANGAN

Perjuangan anak penoreh getah iaitu Mejar Dato’ Haji Adnan bin Hashim (Bersara) untuk memanfaatkan sebidang tanah seluas 7.5 ekar peninggalan arwah bapanya Hashim bin Mohammad ke jalan Allah telah bemula sejak tahun 1997 iaitu selepas beliau berhenti daripada perkhidmatan tentera yang diminatinya dan menceburkan diri di dalam bidang bisnes…

PELAWAAN BERKONGSI GANJARAN PAHALA

“Barang siapa yang memberi makan untuk berbuka orang yang berpuasa, maka ia mendapat pahala orang yang berpuasa itu dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu” (HR At-Turmudzi)

Muslimin dan muslimat yang budiman adalah di pelawa untuk menaja juadah Berbuka Puasa dan Sahur untuk 66 orang pelajar Maahad Tahfiz Al-Hashimi Kampung Tualang, Kuala Krai Kelantan. Semua mereka belajar secara PERCUMA disini dimana semua kos dibiayai oleh Kumpulam CT-ONE Sumbangan wang tunai mohon dikreditkan terus ke akaun berikut :

Nama : Maahad Tahfiz Al-Hashimi 
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad 
No. Akaun : 0307-2010-131-744

Mula dipaparkan pada 25 April 2016

HEBAHAN PROGRAM

CIC bakal memulakan Rumah Ngaji Percuma kerjasama dengan YWUI / Kumpulan Karangkraf tidak lama lagi. Sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi Cikgu Wan Zunairah di 09-9612784. Lokasi Rumah Ngaji adalah di Wisma CIC Guchil 6

RANCANGAN PELAKSANAAN

Pakej pembangunan modal insan lengkap meliputi pendidikan, dakwah dan latihan berpandukan Al-Qur’an dan Al-Hadith bermula dari penjodohan ibu dan bapa, penjagaan ibu, penjagaan bayi, pembinaan/pembesaran bayi dan pendidikan formal setiap insan dari pra-sekolah hingga ke peringkat universiti.

GALERI

RINGKASAN CIC

Klik untuk besarkan imej

EKONOMI

PENGUNJUNG

3 + 3 =