CT-ONE ISLAMIC CENTER (CIC)

F4

Depan Belakang

PENUBUHAN

1.     CT-ONE Islamic Center(CIC) adalah satu pusat yang diasaskan, ditubuhkan dan dibina oleh Mejar Dato’ Hj. Adnan Hashim (Bersara). Tujuan utama beliau menubuhkan CIC ini adalah untuk meletakkan keluarga dan seluruh keturunannya serta semua orang yang menyertai CIC nanti di landasan yang betul iaitu kearah mencapai kejayaan di Dunia dan kejayaan di Akhirat.

2.     Visi yang juga Moto perjuangan CIC iaitu ‘Bersama Membina Generasi Al-Falah’ merupakan satu seruan ikhlas beliau kepada dirinya sendiri, keluarganya dan seluruh Warga CIC (semua yang menyertai CIC) supaya berterusan bersungguh-sungguh berusaha dan berdoa agar masing-masing mencapai kejayaan di Dunia dan kejayaan di Akhirat sesuai dengan Firman Allah S.W.T seperti berikut:

‘Dan carilah (pahala) negeri akhirat dengan apa yang telah di anugerahkan Allah kepadamu, tetapi janganlah kamu lupakan bahagianmu di dunia dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu, dan jangan lah engkau berbuat kerosakan di mukabumi. Sungguh Allah tidak menyukai orang yang berbuat kerosakan’ (QS 28 Al-Qasas Ayat 77)

‘Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah kamu aku tunjukan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?. Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasulnya dan berjihad di jalan Allah dengan harta benda dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui’     (QS 61 As-Saff Ayat 10-11)

Adnan Doa

3.     Harapan dan doa beliau semoga usaha kecilnya ini akan berterusan bahkan semakin meningkat cemerlang di sisi Allah SWT hingga hari akhirat agar di izinkan mencapai Misi Paling Agung sepertimana Firman Allah SWT berikut:

                ‘Dan orang-orang yang beriman yang diturut oleh zuriat keturunannya dengan keadaan beriman, Kami hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu dengan mereka (di dalam syurga); dan Kami (dengan itu) tidak mengurangi sedikitpun dari pahala amal-amal mereka; tiap-tiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya’ (QS 52 At-Tur Ayat 21)

cic image

WARGA CIC

4.     Warga CIC yang dimaksudkan adalah:

a. Dirinya sendiri, isteri dan anak-anak serta menantu

b. Seluruh keluarga sekarang dan keluarga akan datang di sebelah beliau dan di sebelah isteri

c. Kesemua orang yang menyertai CIC samaada sebagai staf dan pekerja Kumpulan CT-ONE, anak angkat CIC, pelajar dan siswa/ siswazah CIC, rakan kongsi dan rakan bisnes CIC

d. Lain-lain individu, kumpulan dan organisasi yang semasa ke semasa memohon dan diluluskan diterima sebagai Warga CIC

 

RANCANGAN PERLAKSANAAN

5.     Misi untuk ‘Membina Anak Soleh/ Solehah’ dan seterusnya ‘Membina Generasi Al-Falah’ dikenalpasti boleh dicapai sekiranya setiap insan itu dididik, dibentuk, dibina, didakwah dan dilatih seawal kejadian iaitu bermula dari kandungan ibu. Menyedari kepada kepentingan ini maka CIC telah merancang:

a. Pakej pembangunan modal insan lengkap meliputi pendidikan, dakwah dan latihan berpandukan Al-Qur’an dan Al-Hadith bermula dari penjodohan ibu dan bapa, penjagaan ibu, penjagaan bayi, pembinaan/pembesaran bayi dan pendidikan formal setiap insan dari pra-sekolah hingga ke peringkat universiti.

b. Tumpuan utama semua peringkat aktiviti adalah kepada Pendidikan, Dakwah dan Ekonomi.

c. Pembangunan ekonomi iaitu penubuhan pelbagai jenis perniagaan islamik seperti ‘Health Care, Agro & Farming, Attire, Product & Services, Chalet & Hotel’ dan lain-lain lagi, selain sebagai organisasi penyumbang dana juga merupakan tempat latihan berniaga/keusahawanan dan tempat kerja warga CIC (jika mereka gagal mendapat lain-lain pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan masing-masing). Read the rest of this entry »

Permanent link to this article: http://www.cic.org.my/?p=9